Kemegahan Utama (The Magnificent)

“Tidak banyak dapat dilakukan jika bergerak secara bersendirian melainkan berganding bahu membentuk muafakat”

AMIRUL O’OI ASHRAF

Pemilik & Pengasas

 

Berperanan sebagai Director Barber, beliau turut berperanan dalam melatih pekerja dengan panduan yang diperolehinya berdasarkan pengalaman kerjayanya di dalam bidang ini selama 15 tahun. Melanjutkan pelajaran guntingan rambutnya di Hairdresser & Barber Patrick, beliau meneruskan perniagaannya sendiri melalui Hot Hot Cut dan O’oi & Comrades. Kemudian meneruskan fasa perniagaannya di Debut Barber & Shop pada Novermber 2016 bersama isterinya, Farah Munirah. Buat masa ini, perkhidmatan Director Barber hanya melalui temu janji dan beliau lebih cenderung dalam menguruskan kerja-kerja pengurusan dan pemasaran Debut Barber & Shop.

FARAH MUNIRAH

Pengurus

 

Farah merupakan pengurus di Debut Barber & Shop. Merupakan isteri kepada Amirul serta rakan pengasas kepada syarikat ini. Beliau mula bekerja secara rasmi sebagai pengurus pada tahun 2018 tatkala Debut sedang berada di kemuncak khalayak umum. Kini, membantu tugas urusan Amirul dan juga hal ehwal kewangan syarikat.

Farah juga merupakan antara tulng belakang dalam melahirkan nama ‘Debut’ sehingga ianya kelihatan sesuai sebagai jenama unggul syarikat pada hari ini. Selain itu juga, putaran lagu yang dimainkan di kedai merupakan sebahagian daripada tugas beliau untuk mengisi jenis lagu yang mudah mesra pelanggan dan turut juga bertindak sebagai ‘tabung idea’ bagi nama-nama yang perlu diletakkan dalam sebarang acara majlis.

ATID HALIM

Senior Barber

 

Merupakan pemain utama yang telah bersama-sama dengan Amirul dari kemunculan awal syarikat ini serta lebih memahami selok belok syarikat dengan lebih mendalam. Bertindak sebagai pembantu pengurus dan dianggap seperti ‘abang’ kepada keluarga besar dalam Debut Barber & Shop.

Dilahirkan dan dibesarkan di Alor Star, Kedah, beliau berhijrah ke Ipoh selepas menamatkan pelajaran menengahnya. Tatkala pada masa itu, beliau hanya mempunyai dua pilihan sama ada ingin menjadi seorang pemain bola sepak ataupun penggunting rambut sepenuh masa. Selebihnya adalah beliau hari ini di samping memberikan kepuasan yang cukup baik kepada syarikat. Jika ada perlawanan yang berlangsung, Atid barangkali ‘Man of The Match’.

MUHAMMAD NUR AFIQ

Senior Barber

 

Kemahiran yang tidak boleh disangkal lagi dalam penggayaan rambut. Turut mahir dalam komunikasi antara pelanggan dalam memberikan khidmat rundingan yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan kepada pelanggan di samping berkecimpung di dalam bidang pengguntingan rambut selama 3 tahun.

Beliau telah mengenali Amirul sebelum tertubuhnya syarikat ini lagi. Minatnya yang mendalam terhadap penggayaan rambut telah menjadikan beliau mahir dalam aspek ini. Beliau secara rasminya menjadi keluarga Debut Barber & Shop pada May 2017. Mempelajari dari perkara-perkara lepas dan pengalaman yang dilalui oleh O’oi sebagai sumber inspirasi dalam menjadikan dirinya lebih baik, memberikan dirinya peluang untuk berperanan sebagai senior barber dan sehingga hari ini, Afiq turut juga mendapat permintaan untuk melaksanakan kerjanya itu.

Selain bidang pengguntingan rambut, beliau turut juga merupakan seorang artis graffiti dan banyak dipengaruhi oleh keluarganya yang berorientasikan kebudayaan dan kesenian semenjak dari umurnya 7 tahun. Hasil seni beliau banyak digilap melalui karya-karyanya melalui penggubahan ‘hair tattoo’

AHMAD AZIZUL HAKIM ABDUL AZIZ

Senior Barber

 

Menyertai syarikat ini sekitar Julai 2017 sebagai penggunting separuh masa ketika musim cuti semester. Seorang graduan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan Sejarah dan Ketamadunan dan mula berjinak-jinak secara amatur dalam menggunting rambut semenjak tahun 2013 dalam kalangan rakan-rakan ahli keluarga terdekat. Ketika sedang menuntut di universiti, beliau adalah seorang penggunting rambut bagi kawan-kawannya dan penggunting separuh masa di Debut Barber & Shop apabila beliau pulang ke Ipoh semasa cuti semester.

Kini, turut juga menggalas jawatan sebagai Eksekutif Kewangan dan menjalankan urusan premis dengan lebih sistematik.

MOHAMAD FIRDAUS AZMAN

Junior Barber

 

Aus merupakan pekerja yang paling muda dan baru di syarikat ini. Mula memasuki sebagai ahli keluarga Debut Barber & Shop pada Jun 2019, pada awalnya beliau banyak menghabiskan masa melepak di kedai gunting rambut rakannya selepas waktu habis sekolah. Bermula dari peringkat itu juga minatnya terhadap pengguntingan rambut mula berkembang selain daripada minatnya dalam mengembara. Amat cekap dalam memahami penggayaan rambut terutama sekali dalam teknik guntingan secara ‘Tapered-Cut’.

MUHAMMAD NORHAFIZI

Junior Barber

 

Dikenali sebagai Eg, beliau menyertai Debut Barber & Shop sekitar Julai 2017. Terma Junior itu sama sekali tidak menggambarkan beliau sebegitu rupa kerana kemahirannya dalam menggunting rambut mula berkembang tidak sampai dalam tempoh setahun. Mahir dalam teknik ‘Gradient-Fade’, beliau dilatih oleh O’oi daripada peringkat permulaan dalam penggayaan rambut sehingga beliau berkemahiran dan berpengetahuan dalam estetika penggayaan.